Tuesday, November 16, 2010

Bincangkan bagaimana penggunann teknologi ICT dapat dimanfaatkan secara optimum sebagai medium dakwah. Assignment Pengajian Islam kepada Ustaz Munib Section 5

Bincangkan bagaimana penggunann teknologi ICT dapat dimanfaatkan secara optimum sebagai medium dakwah.

Dakwah merujuk kepada usaha-usaha mengajak,memujuk dan memandu seluruh manusia ke arah memahami dan menerima Islam sebagai agama yang lengkap (syumul) dan mengandungi peraturan dalam setiap aspek kehidupan manusia baik secara individu dan bermasyarakat. Usaha-usaha dakwah merupakan suatu usaha yang mulia, yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mergerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri?”                                                                               ( Surah Fussilat 41:33 )

Beberapa orang intelektual Muslim tempatan dan luar negara seperti Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan telah membentankan pandangan mereka di beberapa seminar dan bengkel tentang bagaimana orang Islam seharusnya memanfaatkan alat-alat media bagi tujuan dakwah. Dalam perbincangannya menambah bahawa media dari perspektif Islam mesti juga menyuruh atau menyeru kepada yang makruf, menegah perkara yang mungkar, menyatakan sesuatu yang benar dan tidak memutarbelitkan kenyataan dan kebenaran untuk kepentingan diri atau kumpulan.

Jika dilihat kepada objektif dakwah (ahdaf al-da’wah), matlamat akhirnya juga sebenarnya untuk “menguasai dunia”, iaitu memberirahmat kepada seluruh alam bersesuaian dengan sebab mengapa apara nabi dan rasul di utuskan. Disini elok dipersoalkan apakah mesej yang dibawa oleh para nabi dan rasul yang dominan atau mesj lain yang sebenarnya lebih menonjol dalam media cetak atau pun elektronik,pada masa kini?jawapannya tentulah bukan mesej yang dibawa olleh para nabi dan rasul,hakta dalam media yang dikuasai oleh orang Islam senderi. Kelemahan dan kesedaran inilah yang perlu dipertinggkatkan dalam mengatur strategi memahami modus operandi media massa dan kesannya dalam pembentukan identiti Muslim.

Bagi menggerakan media supaya menjalankan jungsi dakwah yang juga perlu difahami operasional media sebagai satu industri. Terdapat beberapa pihak kalangan umat Islam yang mengambil insiatif untuk menerbitkan media bagi tujuan dakwah tetapi tidak memahami proses perjalanan media. Media yang diberi pelbagai nama dan dikaitkan dengan Islam seperti mingguan Islam kiblat, echo of Islam hanya bertahan dalam beberapa keluaran dan kemudian hilang dalam pasaran. Proses pusingan modal, masalah pengedaran kepada massa dan isi serta grafik yang menarik selalunya menjadi masalah kepada pengendali media yang berhasrat untuk berdakwah melalui media. Institusi-institusi pendidikan Islam walaubagaimana pun mengajar konsep dan teori tentang iqra’ dan qalam namum tidak mengajar secara praktikal untuk mengeluarkan wartawan, penerbit, pelukis grafik dan sebagainnya.

Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan. Kombinasi kedua- dua elemen iaitu dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Kehebatan teknologi yang wujud pada era sekarang harus dipandang sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan bagi mereka yang bergelar teknodaei atau pendakwah pada zaman ICT.

Menyoroti sejarah bagaimana dakwah Islam mampu tersebar dan disampaikan kepada umat manusia, kisah Nabi Musa a.s boleh dijadikan iktibar. Bagaimana baginda dianugerahkan oleh Allah dengan mukjizat tongkat adalah kerana pada zaman tersebut, kepakaran sihir adalah antara ciri kekuatan dan menjadi pelindung kepada kezaliman penguasa. Hakikat inilah yang memaparkan bahawa cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa. Bertitik tolak daripada itulah, zaman teknologi maklumat tanpa batasan ini perlu diambil kira dalam aspek penyampaian risalah Allah.

Namun begitu, dalam membicarakan tentang kecanggihan dan kepesatan teknologi khususnya ICT, ia tidak dapat menjamin bahawa sesuatu dakwah Islam itu dapat difahami dan mengakar ke setiap jiwa manusia. Duduknya kefahaman seseorang individu terhadap sesuatu ilmu itu bukan terletak pada kehebatan teknologi tetapi terletak kepada mutu kandungan ilmu tersebut dan juga aspek yang bersifat rohaniah di mana ia memerlukan kemasukan ilmu ke dalam jiwa di peringkat yang lebih mendalam. Dalam hal sebegini, adab menuntut ilmu dan penyediaan jiwa yang berada di luar kerangka teknologi itu perlu diberi penekanan. Oleh itu, teknologi sekadar membantu teknodaei untuk memudahkan kefahaman Islam itu disampai dan disebarluaskan.

Dalam sifat yang lebih global, perkembangan teknologi menjadi pemangkin dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai wahana yang disediakan oleh teknologi. Contohnya aplikasi internet, drama, filem dan iklan, animasi, radio, televisyen dan banyak lagi aplikasi terkini yang terlalu mudah untuk dicapai. Persoalannya, bagaimana untuk menggunakan medium tersebut agar ia berkesan dalam penyampaian ajaran Islam dan lebih daripada apa yang sekadar dipaparkan. Sebaliknya mempunyai unsur- unsur dan mesej- mesej yang sesuai dengan realiti dan kehendak sebenar masyarakat Islam.

Masyarakat kita amat terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di media massa pada masa sekarang. Justeru, ia adalah satu peluang untuk para pendakwah teknologi menggunakan kepakaran dalam bidang masing- masing, memainkan peranan dan memikul tanggungjawab dakwah. Disinilah pentingnya ruang dan kepakaran itu dimanfaatkan bagi menakluki hati masyarakat agar terpaut dengan ajaran Islam yang sarat dengan nilai murni. Apa yang perlu digarapkan adalah penghasilan drama, filem dan iklan memerlukan tenaga tunjang iaitu pengarah, penerbit dan penulis skrip yang memahami dan mementingkan aspek ajaran Islam dalam setiap produk mereka. Dari sinilah akan bermulanya pendidikan secara tidak langsung kepada masyarakat yang dahagakan alternatif lain untuk bagi mevariasikan tontonan mereka.

Kanak- kanak juga merupakan satu kelompok yang tidak boleh dipencilkan dalam arena dakwah. Ini kerana generasi muda yang telah terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara. Justeru, pembangunan negara yang mapan perlu bermula dengan pembangunan jiwa ummah yang mantap. Lantas, sebagai langkah perintisnya, didikan melalui unsur yang digemari oleh golongan sasar adalah yang terbaik contohnya animasi. Ia telah pun menjadi fenomena dalam negara kita tetapi animasi Islamik tersebut tidak mungkin tercapai sasaran dakwahnya jika tidak ke persada yang lebih global. Di samping itu, negara kita masih kekurangan dan memerlukan lebih banyak animasi islamik ini mewarnai dunia hiburan kanak- kanak agar mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Bukan setakat kualiti maklumat yang disalurkan dalam animasi tersebut dipentingkan malah ia merupakan satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati golongan muda dan kanak- kanak. Secara tuntasnya, itulah elemen yang mampu disuntik dalam kerangka pembangunan jiwa ummah bagi golongan teknodaei yang tercari-cari peluang dan ruang yang mudah untuk mendekati masyarakat.

Dominasi media elektronik perlu diramaikan dengan individu pengamal, peneraju, pembikin dan penyampai yang berkualiti dari aspek sahsiah dan mempunyai rasa pertanggungjawaban terhadap dakwah. Dari sini, akan lahirlah produk yang sarat dengan pengetahuan dan pengajaran Islam untuk dihidangkan kepada masyarakat. Dengan kata lain, penyedia program media elektronik tidak terbelenggu oleh kepompong sendiri dan stereotaip malah sentiasa mencipta semula program yang lebih menarik daripada yang sedia ada. Pihak media sepatutnya memandu dan membimbing masyarakat melalui medium teknologi secara optimum dan tidak hanya bersandarkan kepuasan khalayak secara tipikal. Badan media Islamik juga perlu mewujudkan kerjasama dengan badan NGO untuk membuat satu filem pendek atau iklan yang rata- rata mampu mempengaruhi dan terkesan dalam jiwa masyarakat. Usaha seperti ini harus dimulakan dalam suasana rentak penyiaran iklan dan filem pendek di negara kita meluas tanpa ada nilai dan pengajaran yang boleh membangunkan jiwa Islam masyarakat. Dengan kata lain, seharusnya filem pendek yang ditayangkan mampu menjadi penyedar kepada khalayak ramai.

Berdakwah tidak hanya terhad dengan cara yang melibatkan pendengar atau penonton, tetapi kalangan pembaca juga perlu diambil kira. Sastera mampu dijadikan alat dakwah dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya cenderung dan memahami Islam sebenar. Namun, peranan yang dimainkan oleh penulis atau karyawan yang perlu dibuat penambahbaikan agar elemen Islam dalam karya penulisan dapat digarapkan seterusnya menambat hati pembaca. Kerjasama antara pengkarya, pengamal filem dan golongan agama perlu disinergikan agar filem atau novel yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi. Bagi mencari kepelbagaian dalam penyampaian dakwah, novel- novel Islam diadaptasikan dalam bentuk filem. Ia merupakan satu bentuk usaha yang bermotifkan dakwah kerana teknologi yang ada sekarang tidak seharusnya membantutkan perkembangan syiar Islam.

Teknologi membuka ruang kepada penyebaran maklumat mengenai agama dengan lebih pantas dan berkesan. Namun, jumlah penyebaran maklumat yang banyak tidak dapat menjamin mutu kefahaman tentang agama. Di sinilah wujud halangan yang sebenar dalam dakwah iaitu berlakunya penyampaian semata-mata tanpa ada unsur pentarbiahan dan mungkin hanya bergantung kepada teknologi semata-mata. Persoalannya, bagaimana untuk melahirkan para tekno-murabbi dalam konteks pembangunan jiwa ummah? Sebagai pengguna teknologi, kadangkala kita tiada asas untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat ekoran daripada keterbukaan dunia kini. Oleh itu, dunia teknologi sekarang mendesak kepada perlunya satu badan yang memantau maklumat di internet dari semasa ke semasa supaya tidak ada maklumat yang mengelirukan ataupun memesongkan akidah yang boleh mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan umat Islam. Di samping itu, tuntutan kepada pendidikan dan panduan asas perlu diberikan kepada pengguna disertakan dengan peranan pengawasan daripada ibu bapa dan ‘cyberangels' terhadap perisian yang ada pada masa kini. Ia merupakan satu solusi untuk membentangkan masyarakat muda dalam kepincangan pencarian maklumat kini.

Islam sangat memerlukan pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini kerana, apabila kita memulakan satu usaha yang baik dalam bidang ICT ini, maka ganjaran dari Allah itu besar termasuklah penciptaan perkakasan yang membantu usaha dakwah. Teknologi sentiasa berkembang dan harus difikirkan bagaimana untuk mengembangkan kesedaran masyarakat dalam mensinergikan pembangunan ICT dengan pembangunan insan. Realiti hari ini dapat dilihat terpisahnya golongan agama dan professional seolah-olah satu bentuk sekularism. Ia terhasil daripada pendidikan yang memisahkan agama dan ilmu. Kemajuan dalam ICT dianggap gagal sekiranya tidak menghubungkan manusia dengan Allah. Oleh itu, manfaat daripada perkembangan teknologi perlu digunakan dalam usaha teknodaei mendekati masyarakat teknosentrik pada masa kini yang mengharapkan natijah akhirnya adalah pembangunan jiwa ummah. Yang penting, penggunaan teknologi perlu secara seimbang dan bijaksana.


Rujukan dari buku Islam,Komunikasi Dan Teknologi Maklumat (ICT) oleh Zulkiple Abd. Ghani

Muhammad Mu'izzuddin Bin MOhd Arzimi
 KJC1050412

No comments:

Post a Comment